Perkhidmatan Kami
Bagi memastikan usahawan mikro dan kecil mendapat pendedahan yang seiring dengan industri, RP Group akan memastikan latihan yang diberikan mengikut langkah demi langkah untuk memastikan syarikat berkembang dengan baik. Bagi memastikan struktur itu lengkap, RP Group telah mempunyai silibus yang lengkap dan praktikal untuk keperluan industri.
RP Group sering mengendalikan kursus jangka pendek selama 3 hari 2 malam, 2 hari 1 malam ataupun kursus sehari untuk memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu bagi memastikan usahawan mikro dan kecil mempunyai hala tuju yang jelas dalam bidang perniagaan. Selain itu, RP Group juga mengendalikan kelas coaching dan mentoring secara berfasa.
Kursus Jangka Pendek
Ia merupakan objektif syarikat kami untuk membantu usahawan kecil mempunyai asas yang kukuh dalam bidang perniagaan dengan kursus-kursus berasaskan keperluan industri. Syarikat kami telah membangunkan modul-modul perniagaan yang terdiri daripada kursus jangka pendek, coaching dan mentoring yang pasti dapat membantu usahawan untuk membangunkan strategi pembangunan syarikat mereka ke arah masa depan yang lebih cemerlang.
Coaching dan Mentoring
Selain kursus jangka pendek, RP Group juga mengendalikan program coaching dan mentoring secara berkumpulan. Coaching lengkap selama tiga bulan, enam bulan dan 1 tahun ini telah terbukti keberkesanannya kerana ramai usahawan yang telah berjaya dan memperoleh pendapatan yang lumayan dan berjaya mengeluarkan mereka daripada golongan B40.