RP Group

Bagi memastikan usahawan mikro dan kecil mendapat pendedahan yang seiring dengan industri, RP Group sentiasa memastikan latihan yang diberikan mengikut langkah demi langkah untuk memastikan mana-mana syarikat dan perniagaan berkembang dengan baik. Bagi memastikan struktur yang komprehensif, RP Group mempunyai silibus yang lengkap dan praktikal untuk keperluan industri.

RP Group sering mengendalikan kursus jangka pendek selama 3 hari 2 malam, 2 hari 1 malam ataupun kursus sehari untuk memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu bagi memastikan usahawan mikro dan kecil mempunyai hala tuju yang jelas dalam bidang perniagaan. Selain itu, RP Group juga mengendalikan kelas coaching dan mentoring secara berfasa.